PRESIDEN Atletico Madrid, Enrique Cerezo tidak merasakan Antoine Griezmann akan meninggalkan kelab itu dan menyertai Manchester United berikutan beberapa sebab penting. Griezman yang mempunyai kontrak sehingga 2021 telah dikaitkan bakal berhijrah ke Old Trafford pada jendela perpindahan ini. Spekulasi itu semakin menjadi tumpuan apabila United berjaya layak ke Juara Liga-Liga selepas menjuarai Liga Europa awal pagi ini. Bagaimanapun, Cerezo yang menjadi presiden sejak 2002 mengakui tiada urusan rasmi berhubung pemindahan Griezman dilakukan United setakat ini. "Komen Griezman baru-baru ini (akan berhijrah ke United) tidak mengejutkan saya. Dia telah ditanya soalan sama sebelum ini, malah sejak dia bersama kami. "Saya rasa menjengkelkan apabila ada soalan sebegitu kepadanya kerana semua pihak tahu dia masih mempunyai kontrak bersama Atletico ketika ini. "Dia juga tidak pernah memberitahu saya untuk berhijrah, malah tiada juga permintaan rasmi oleh United mengenai perkara ini. "Buat masa ini juga tiada kelab yang ingin menebus kontraknya. Saya tidak rasa meraka sedia untuk £90 juta," katanya.