suria

'Kekal Semusim Lagi'

PEMAIN veteran Manchester United, Michael Carrick memilih untuk kekal semusim lagi di Old Trafford selepas menandatangani kontrak lanjutan selama setahun sehingga 2018.

Carrick, yang menyertai United pada 2006, akan terlibat dalam perlawanan testimonialnya sendiri pada 4 Jun tetapi tidak bermakna aksi tersebut mengakhiri kariernya.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata, dia berasa gembira untuk kekal bersama United selepas kejayaan menjuarai Liga Europa dan layak ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

"Cara yang menakjubkan untuk mengakhiri musim ini dengan menambah koleksi trofi baharu dalam kabinet United.

"Saya berasa gembira kerana karier saya bersama kelab yang hebat ini masih berterusan," katanya.

Dalam pada itu, Carrick berkata, dia mahu menumpukan perhatian dalam perlawanan testimonial pada Ahad depan.

"Perlawanan itu menjadi waktu yang dibanggakan oleh saya dan keluarga dengan pencapaian kami pada musim ini.

"Saya juga teruja bahawa penyokong akan berpeluang untuk melihat trofi baharu yang dimenangi, Liga Europa pada perlawanan itu," katanya. - Mirror

Artikel Sebelum

'Saya Sanggup"

Artikel Berikut

Artikel Lain