suria

Tiger Woods Ditahan Polis

BEKAS pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods pada Selasa menafikan beliau mabuk sewaktu ditahan oleh polis Florida ketika memandu pada sehari sebelumnya.

Menerusi satu kenyataan Woods berkata, alkohol sama sekali tiada kaitan dengan penahanannya itu tetapi sebenarnya berkait dengan ubat yang diambilnya.

Namun beliau memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

"Saya ingin orang ramai tahu tiada alkohol terbabit dengan penahanan saya,” katanya.

“Apa yang berlaku adalah tindak balas yang tidak dapat dijangka dari ubat-ubatan yang diambil. Saya tidak sedar campuran ubat-ubatan ini memberikan kesan yang kuat.

“Saya juga ingin memohon maaf sepenuhnya kepada keluarga, rakan dan peminat. Saya pun mengharapkan sesuatu yang lebih dari diri sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.

Woods ditahan kira-kira pukul 7 pagi Isnin dalam keadaan tidak terurus tetapi dan dibebaskan beberapa jam kemudian.

Dia bagaimanapun didakwa kerana memandu di bawah pengaruh, DUI.

Tiger Woods

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain