VILLAREAL mendapatkan khidmat penyerang berusia 20 tahun, Enes Unal dari Manchester City dengan kontrak selama lima tahun. Pemain kebangsaan Turki itu menyertai City pada 2015 dan pernah dipinjamkan ke kelab Belgium Genk dan NAC Breda dari Belanda. Dia kemudiannya dipinjamkan ke FC Twente bagi musim 2016-2017 dengan menjaringkan 19 gol dalam 33 penampilan. Unal mewakili Turki pada 2015 pada usia 17 tahun dan melakukan lima cap setakat ini. Perjanjian itu bernilai 12 juta pound sterling termasuk klausa pembelian dalam kontrak Unal.