FINAL Liga Juara-Juara dikejutkan dengan insiden letupan sebaik sahaja perlawanan tamat yang menyaksikan Real Madrid menang 4-1 ke atas Juventus.
Ledakan berlaku di San Carlo Piazza, Turin.
Akibat ledakan tersebut yang dipercayai berpunca daripada mercun dan bunga api, lokasi yang dipenuhi penyokong Juventus itu menjadi kecoh.
Mereka yang sebelum itu menonton perlawanan secara langsung di situ kelihatan panik dan berlari setelah menyedari terdapat ledakan di kawasan tersebut.
-fotoREUTERS
Selain menyebabkan kecederaan, insiden itu juga mengakibatkan kerosakan.