suria

Impian Beckham Bina Stadium Di Miami Tercapai

BEKAS kapten England, David Beckham semakin menghampiri impiannya untuk membawa aksi Liga Bola Sepak Major (MLS) kembali ke Miami.

Pesuruhjaya Miami-Dade County memberi kebenaran kepada Miami Beckham United untuk membeli tiga lagi ekar tanah, yang merupakan sebahagian daripada sembilan ekar tanah untuk pembinaan stadium.

Ia merupakan kejayaan terbesar buat ikon bola sepak Inggeris itu selepas mendapat undian 9-4 dan akhirnya usaha Beckham selama empat tahun mendapatkan keputusan ini berjaya.

Ia sekaligus perancangannya untuk mengembali serta mengembangkan francais MLS ke Miami makin menjadi kenyataan.

"Miami sudah sedia. Kami amat komited dan bandaraya ini kini memerlukan langkah kami untuk mencorakkan takdir untuk membina stadium bertaraf dunia bagi MLS," jelas Tim Leiweke, salah seorang rakan kongsi dalam Kumpulan Beckham.

Stadium yang dijangka siap pada tahun 2020.

Kumpulan Beckham akan membayar 7 juta pound (RM38 juta) untuk nilai tiga ekar tanah tersebut.

Mereka sebelum ini telah membayar 15 juta pound (RM83 juta) bagi enam ekar tanah.

Tambah Leiweke, pasukan MLS dijangka akan menggunakan stadium ini pada tahun 2020.

David Beckham

Artikel Lain