ANDY Murray menyingkirkan Kei Nishikori bagi memastikan tiket separuh akhir Terbuka Perancis menjadi miliknya. Pada aksi di Roland Garros awal pagi Khamis, pemain No. 1 dunia itu terpaksa berpeluh dengan aksi lawan yang menguasai set pertama dengan kemenangan 2-6. Bagaimanapun, pemain terkemuka Britain itu bangkit menguasai tiga set seterusnya sekaligus memenangi aksi penting ini. "Pada set pertama dia memaksa saya bergerak lebih banyak. Dengah cuaca yang sedikit berangin itu, menambahkan lagi corak permainan saya. "Tetapi apabila saya mula bertemu rentak permainan, saya mula menguasainya sedikit demi sedikit," jelas Murray. Murray bakal berdepan dengan bintang Switzerland Stan Wawrinka pada saingan separuh akhir nanti. Stan Wawrinka Manakala satu lagi aksi yang sama bakal menyaksikan Rafael Nadal berdepan pemain Austria, Dominic Thiem selepas menewaskan lawan masing-masing. Keputusan penuh suku akhir: Andy Murray (Britain) mn Kei Nishikori (Jepun) 2-6 6-1 7-6(0) 6-1 Stan Wawrinka (Switzerland) mn Marin Cilic (Croatia) 6-3 6-3 6-1 Dominic Thiem (Austria) mn Novak Djokovic (Serbia) 7-6(5) 6-3 6-0 Rafa Nadal (Sepanyol) mn Pablo Carreno (Sepanyol) 6-2 2-0 (tarik diri)