suria

Jelena Ostapenko Juara Muda Terbuka Perancis

JELENA Ostapenko merakam kejayaan paling bermakna buat dirinya apabila merangkul gelaran Grand Slam pertama Terbuka Perancis.

Pemain bukan pilihan berusia 20 tahun itu menyingkir Simona Halep dari Romania dengan keputusan 4-6 6-4 6-3 di Roland Garros sekaligus menjadi pemain Latvia pertama meraih gelaran Grand Slam.

Kali terakhir pemain Latvia menjulang trofi di Roland Garros adalah Gustavo Kuerten pada tahun 8 Jun 1997, sehari selepas Ostapenko dilahirkan.

Pada perlawanan tersebut, Ostapenko lebih menguasai permainan ke atas pemain pilihan ketiga kejohanan itu.

"Saya tidak percaya menjadi juara pada usia 20 tahun.

"Saya tahu Gustavo Kuerten memenangi Roland Garros yang pertama pada hari kelahiran saya. Saya terlalu teruja.

"Ada beberapa perlawanan yang saya sertai dan sangat bersedia untuk mencatat kejayaan," jelasnya yang menjadi finalis termuda.

Terbuka Perancis, Juara Wanita

Artikel Berikut

Artikel Lain