suria

Sertai Crystal Palace Keputusan Terburuk - Adebayor

Emmanuel Adebayor. Foto EPA

EMMANUEL Adebayor memberitahu perpindahannya ke Liga Perdana Inggeris dalam Crystal Palace pada 2016 merupakan 'keputusan terburuk' dalam kerjayanya.

Bekas pemain Manchester City dan Tottenham itu menyertai Crystal Palace menerusi pinjaman selama enam bulan pada Januari tahun lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu bagaimanapun dilepaskan pada akhir musim selepas menjaringkan hanya satu gol dalam 15 penampilannya.

Adebayor mengakui bahawa perpindahannya dalam kelab itu adalah pengalaman yang terburuk.

"Saya mempunyai pengalaman yang terbaik di England menerusi kelab yang menjadi dalam kalangan yang terbaik negara," katanya yang kini menyertai pasukan Turki, Istanbul Basaksehir.

"Hanya satu kesilapan yang saya buat iaitu menyertai Crystal Palace pada Januari 2016," katanya.

Adebayor menjaringkan 97 gol sepanjang penglibatannya dalam Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal, Manchester City dan Tottenham sebelum perpindahan jangka pendeknya ke Selhurst Park. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain