CHELSEA percaya Real Madrid akan membuat bidaan tertinggi untuk mendapatkan Eden Hazard pada musim panas ini dan berikutan itu kelab berkenaan telah melakukan persediaan sebaik mungkin. Walalupun Hazard banyak mengalami kecederaan pada musim ini namun ia tidak menghalang Presiden Real, Florentino Perez untuk membawanya ke Madrid. Akhbar Itali melaporkan, Perez sedia membelanjakan sebanyak £90 juta untuk mendapatkan Hazard untuk menghadapi musim depan. Berikutan itu, Chelsea yang juga kelab gergasi England tidak akan berdiam diri sebaliknya akan membawa pengganti setimpal di posisi penting tersebut. Pengendali Chelsea, Antonio Conte dikatakan telah membuat perancangan untuk mendapatkan Lorenzo Insigne (gambar bawah) bagi menggantikan Hazard. The Blues percaya mereka hanya perlu membayar sebanyak £45 sahaja untuk mendapatkan pengganti Hazard yang lebih baik.\