BUAT kebanyakan penyokong bola sepak, kamera di tepi padang atau dari tempat duduk barisan hadapan merupakan cara yang paling terdekat untuk menyaksikan aksi perlawanan. Bagaimanapun, bekas bintang Brazil, Roberto Carlos memberikan sisi tontonan baharu mengenai bagaimana rasanya bermain di salah sebuah stadium terbaik dunia. Pandangan di Stadium Bernabeu dari perspektif Carlos. Dalam perlawanan di Bernabeu antara legenda-legenda Los Blancos dan Roma, bekas pemain pertahanan Brazil itu memasang sebuah kamera yang dijahit pada bajunya. Ia membolehkan penyokong bola sepak dapat menyaksikan perlawanan dari kaca mata pemain. - Mail Online