suria

OKS Tak Puas, B-22 Sekadar Seri

KUALA LUMPUR: Ternyata keputusan seri 2-2 ke atas Guangzhou R&F FC masih belum cukup buat Ketua Jurulatih Skuad Bawah 22 Tahun negara, Datuk Ong Kim Swee.

Menurut Kim Swee, beberapa pemain masih belum mencapai tahap yang diingini walaupun mereka bangkit mengejar mata selepas ketinggalan 2-0 pada babak pertama.

"Sikap mereka yang terlalu hormatkan pemain lawan membuat pemain banyak melakukan kesilapan dan tidak ada keyakinan.

"Beberapa pemain kita juga dilihat belum bersedia untuk bermain di peringkat yang cukup tinggi.

"Walaupun begitu mereka mempunyai sikap  untuk bersaing dan saya mengarahkan mereka untuk lebih positif pada separuh masa kedua," jelasnya dalam rakaman untuk media selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Kim Swee berharap baki satu lagi perlawanan persahabatan pada Khamis ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh pemain.

"Saya akan menilai dan memilih pemain-pemain sebaik sahaja pulang dari China," ujarnya.

Skuad Projek Sukan SEA ini bertandang ke Guangzhou, China bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa dan dalam masa sama persiapan untuk Kelayakan Piala AFC 2018 Julai ini.

Pada aksi pertama menentang skuad Bawah 22 Tahun China, Ahad lalu, pasukan negara tewas 1-0, manakala Khamis ini mereka bakal berdepan dengan Guangzhou Evergrande FC.

Kim Swee, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain