HARRY Redknapp mendedahkan Birmingham telah membuat tawaran menarik kepada John Terry. Terry bakal menjadi pemain bebas pada 1 Julai selepas khidmatnya selama 22 tahun berakhir musim ini. "Saya sangat berharap dia dapat meyertai kelab ini. Dia seorang kapten baik dan menakjubkan. "Kami telah menawarkan tawaran hebat dan telah cuba yang terbaik. "Segalanya terpulang kepada John dan amat gembira sekiranya dia berada Birmingham," jelas Redknapp kepada talkSport. Selain Birmingham yang beraksi dalam Liga Kejuaraan Inggeris, tiga lagi kelab yang turut mengintai khidmat Terry termasuk Bournemouth, Brighton dan West Brom serta Aston Villa selain daripada kelab-kelab dari Amerika Syarikat serta China.