ALEXIS Sanchez mengakui dirinya sedang sedih dan menangis, namun perjalanan hidup perlu diteruskan. Pemain Chile itu meluahkan perasaannya di Instagram kerana bakal meninggalkan Arsenal dengan nilai perpindahan terbesar kelab utara London berkenaan. Pemain yang menjadi kekuatan Arsenal sepanjang musim ini dilapor bakal menyertai Bayern Munich dan tidak mustahil juga ke Manchester City. Sanchez dilapor telah memuat naik status emosi itu dengan gambar lamanya yang memakai kostum lelaki tua. "Saya telah berusia 80 tahun sebab itulah sentiasa tersenyum. "Hidup ini mencabar dan anda perlu melihat sudut yang lebih baik serta berfikir segala yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. "Jadi terus senyum walaupun hati anda menangis," jelasnya. Ya tengo 80 años ?y Sabes porque en mi cara siempre hay una sonrisa ? Porque la vida me enseño que siempre hay que buscarle el lado bueno a las cosas y recordar que " TODO PASA POR ALGO " Mantén tu sonrisa siempre aunque tú corazón llore .? A post shared by Alexis Sanchez (@alexis_officia1) on Jun 14, 2017 at 8:09am PDT