PEMAIN Manchester United, Paul Pogba, menikmati cutinya dengan berkunjung ke Tembok Besar China. Di sana, Pogba sempat melakukan gaya tarian dab di kawasan pelancongan yang tersenarai dalam dalam tujuh keajaiban dunia itu. Jose Mourinho telah memberi cuti kepada pemain United setelah tamat musim Liga Perdana Inggeris 2016/17. Pogba kemudian membantu pasukan kebangsaan Perancis dalam kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Sweden dan perlawanan persahabatan menentang England. Setelah menjalankan tugas membantu negara, Pogba memutuskan untuk terus bercuti. Pemain termahal di dunia itu memilih China sebagai destinasi percutiannya. Antara yang dilawati adalah Tembok Besar China. Seperti mana yang sering dilakukan di padang, pemain berusia 24 tahun itu tetap 'membawa' gaya dabnya ke China, yang mana ia dapat dilihat menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya.