suria

Dani Alves Setuju Ke City

Dani Alves

DANI Alves telah mencapai persetujuan secara lisan dengan kelab Liga Perdana Inggeris dan kini sedang berunding untuk keluar dari  Juventus.

Pemain dari Brazil itu dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak dua tahun untuk bersama Manchester City dan perpindahannya dijangka akan disahkan apabila urusan kontraknya dengan kelab Itali itu diselesaikan.

Alves bersama ejennya juga telah bertemu pengurusan tertinggi Juventus petang Isnin untuk mendapatkan lampu hijau dari kelab tersebut.

Sebelum ini terdapat khabar bahawa Alves akan bergabung dengan City dengan harga yang agak murah, iaitu £5 juta. Namun jika kontraknya benar-benar diputus Juventus tanpa syarat, City berpeluang mendapatkan Alves secara percuma.

Sementara menunggu persetujuan dari Juventus, Goal UK melaporkan bahawa Alves sudah menjalin kesepakatan lisan dengan City sekali gus menyepakati kontrak dua tahun.

Alves disebut akan menerima gaji £4.3 juta setahun atau sekitar £85 ribu seminggu di City. Jumlah ini meningkat dari pendapatannya di Juventus iaitu £60 ribu seminggu, namun jumlah itu masih lebih rendah berbanding yang diterimanya di Barcelona iaitu £100 ribu seminggu.

Juventus dijangka akan mengumumkan keputusannya berhubung nasib Alves dua hari lagi, sebelum dia boleh terbang untuk bersama bekas jurulatihnya di Barcelona, Pep Guardiola.

Dani Alves, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain