LIONEL Messi memberitahu Barcelona pada musim panas lalu bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu untuk menyertai Manchester City. Messi bagaimanapun telah sebelum mengubah fikirannya, menurut laporan di Sepanyol. Menurut El Mundo Deportivo, pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu memberitahu kelabnya tentang hasratnya pada minggu yang sama ketika dia mengumumkan hasrat mahu bersara dari tugas antarabangsa dengan Argentina pada musim panas 2016. Messi terlepas sepakan penalti untuk negaranya ketika menentang Chile di final Copa America sebelum dihukum kerana penipuan cukai, sepuluh hari kemudian. Laporan itu menyatakan Luis Suarez telah memujuknya untuk kekal di Camp Nou sementara klausa pelepasannya sebanyak €250 juta turut menjadi faktor langkah itu tidak mungkin jadi kenyataan, dengan City hanya bersedia menawarkan €150 juta. Pep Guardiola, bekas jurulatih Messi di Barca, mula mengendalikan City musim panas lalu dan telah dikaitkan dengan beberapa pemain bintang di Barcelona.