LIVERPOOL secara rasmi melengkapkan pembelian Mohamed Salah ke Anfield dengan kesepakatan gaji £90 ribu seminggu. Salah, bintang AS Roma bakal mempertajamkan barisan hadapan pasukan dari Itali itu. Pemain antarabangsa Mesir ini menandatangani kontrak lima musim di Anfield. Pada Khamis dia lulus ujian kesihatan, seterusnya melengkapkan perpindahan ke Anfield. Liverpool mengumumkan kemasukan Salah dengan cara unik melalui sebuah video yang dimuat naik di Twitter. Video itu menunjukkan seseorang sedang memeriksa akaun Twitter, yang mana terdapat tweet 'Announce Salah'. Tidak lama kemudian Salah muncul sambil melambai tangan dan berkata 'Salah Announced'. Perpindahan Salah ke Liverpool menelan kos mencecah £35 juta, termasuk bonus yang mampu mencapai £39 juta. Nilai ini memecahkan rekod pembelian Liverpool yang sebelum ini dipegang oleh Andy Carroll dari Newcastle United bernilai £35 juta, pada Januari 2011. Salah akan menerima gaji sekitar £90 ribu seminggu dan akan menyarung jersi nombor 11 milik Roberto Firmino, yang akan memakai jersi nombor 9. Ini bukan kali pertama Liverpool mendekati Salah. Pada 2014, mereka berusaha mendapatkannya dari Basel, tapi Chelsea lebih bernasib baik. Salah ke Stamford Bridge dengan nilai £12 juta dan dipinjamkan ke Fiorentina dan Roma. Salah kemudian menyepakati kontrak bersama Roma.