BEKAS penyerang Chelsea, Tony Cascarino berkata tiada gunanya The Blues mempertahankan pemain yang sering buat kacau seperti Diego Costa dalam pasukan. Costa melakukan kejutan beberapa minggu lalu, apabila mengaku menerima arahan daripada pengurus Antonio Conte yang mahu dirinya berpindah ke pasukan lain dalam jendela perpindahan musim panas. Walaupun berjaya menjaringkan 20 gol musim lalu dan membawa Chelsea menjadi juara Liga Perdana Inggeris, penyerang dari Brazil itu juga sempat membuat Conte terkejut pada Januari, berhubung keinginannya untuk berpindah ke China. Sikap Conte seperti itu dikatakan menjadi punca Conte tidak mahu memasukkannya dalam skuad pada musim depan. Cascarino berkata pemain seperti Costa amat berisiko untuk merosakkan keharmonian sedia ada dalam kelab. "Jujur, saya masih dapat membayangkan pagi itu di Cobham, Costa telah mengetuk pintu ruang pengurus dan merungut tentang sesuatu," kata Cascarino memetik FFT. "Ada beberapa pemain yang memang boleh buat anda gila. Dia menjalani tiga musim yang baik, menang trofi, namun dia tak mahu bertahan di sana. Anda tak patut mempertahankan pemain yang tak ingin berada di kelab."