suria

Costa Punca Pembelian Lukaku Tertangguh

USAHA juara Liga Perdana Inggeris membawa masuk penyerang Everton, Romelu Lukaku ke Stambord Bridge tergendala susulan keengganan Diego Costa meninggalkan kelab itu ke China.

Bos Chelsea, Antonio Conte dilapor mahu melepaskan Costa ekoran perselisihan antara mereka berdua tetapi penyerang kelahiran Sepanyol itu masih berteka-teki destinasi yang mahu dituju.

Yang pasti, Costa menolak tawaran ke Liga Super China dan bertegas mahu kembali bersama Atletico Madrid jika meninggalkan Chelsea.

COsta dilaporkan kurang gembira dengan tindakan Conte menghubunginya melalui pesanan mesej untuk mengatakan dia tidak mempunyai masa depan di kelab London tersebut.

Penyerang berusia 28 tahun itu berbaki kontrak dua tahun bersama Chelsea dan menjaringkan 20 gol untuk membantu The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Susulan keinginannya untuk kembali ke Sepanyol, Conte meletakkan Lukaku sebagai penggempur utama yang akan menggantikan Costa.

Tetapi keengganan Costa meninggalkan kelab tersebut membuatkan Conte terpaksa menangguhkan pembelian Lukaku yang menjaringkan 25 gol sepanjang musim lepas bersama Everton. - MIRROR

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain