suria

Diego Maradona Buat Hal

Maradona (kanan) membuat gaya pelik ketika acara memotong kek di Napoli. - Splash News

DIEGO Maradona menawarkan jersi persaraannya yang bernombor 10 kepada Lorenzo Insigne sewaktu sebuah majlis yang berlangsung di Napoli sebelum keadaan bertukar menjadi huru-hara kerana kelakuan tidak senonohnya menunjukkan bahagian dada di atas bumbung sebuah kereta.

Maradona kembali ke Naples untuk menerima status kerakyatan kehormat di bandar itu, namun kelihatan teruk ketika diarahkan untuk memotong kek pada majlis berkenaan.

Bintang legenda bola sepak itu membuat aksi potongan kek yang aneh sebelum keadaan kecoh dalam sekelip mata.

Para jemputan meluru keluar bangunan untuk melihat keadaan hero mereka biarpun tidak menjangkakan yang Maradona akan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan yang cuba membawanya turun dari kenderaan tersebut.

Bekas pemenang Piala Dunia yang berusia 56 tahun itu mencuri tumpuan peminatnya dengan aksi mendepakan tangan dan kelihatan mabuk ketika orang ramai mula menjerit namanya. - Mail Online

Diego Maradona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain