suria

Pemain Sevilla Pilihan Leicester City

LEICESTER City mengikat pemain baharu kedua menjelang musim liga Ogos ini.

Pemain Sevilla, Vincent Iborra menandatangani kontrak selama empat tahun dengan nilai perpindahan 15 juta pound bersama The Foxes.

Iborra,29, yang beraksi selama empat tahun bersama Sevilla pernah bertemu Leicester City ketika aksi pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara musim lalu.

Dia mencatat 172 rekod beraksi dalam La Liga dan menjuarai Liga Europa.

Sebelum ini, Leicester turut membeli Harry Maguire dari Hull City dengan harga 17 juta pound dan kedua-dua mereka dijangka akan terbang ke Austria bagi persediaan pra musim kelab yang diuruskan Craig Shakespeare itu.

"Saya gembira berada di sini dan bersedia untuk mencari pengalaman dalam Liga perdana bersama rakan-rakan pasukan," jelas Iborra di laman web rasmi kelab tersebut.

Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain