KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dilapor tidak bersama skuad berkenaan di Amerika Syarikat (AS) kerana sedang melengkapkan dua perpindahan bernilai £95 juta. Selepas berjaya membawa Romelu Lukaku dengan yuran perpindahan sebanyak £75 juta pada Isnin, kini Woodward sedang menyelesaikan urusan mendapatkan Ivan Perisic dan Eric Dier. Daily Mail melaporkan, orang penting United itu dikatakan sedang melakukan urusan terakhir untuk membawa kedua-dua pemain berkenaan ke AS. Inter Milan dilapor menetapkan pendirian untuk menjual Perisic pada harga £48 juta walaupun United sedia membayar £45 sahaja. Perpindahan itu dijangka dapat diselesaikan secepat mungkin kerana Perisic juga tidak lagi pulang ke Milan untuk menjalani latihan bersama Inter. Selain itu, Dier yang menjadi keutamaan Jose Mourinho dilihat akan kekal bersama Tottenham. Namun usaha terakhir Woodward akan menjawab segala persoalan yang timbul mengenai status perpindahan kedua-dua pemain tersebut.