LIVERPOOL dilapor sedang berusaha untuk merampas pemain yang menjadi sasaran Chelsea walaupun The Blues yakin dapat membawa pemain berkenaan ke Stamford Bridge. Pierre-Emerick Aubameyang dilapor sedang menjadi buruan Liverpool dan Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai £65 juta. Namun media Jerman melaporkan, Jurgen Klopp sedang merancang untuk merampas Aubameyang daripada Chelsea. Klopp mempunyai kelebihan atau ruang lebih mudah kerana dia merupakan bekas pengendali Borussi Dortmund. Berikutan itu, tidak mungkin Klopp mampu merampas Aubameyang pada minit akhir sebelum pemain berkenaan diterbangkan ke Stamford Bridge. Jika ia berlaku, luka Chelsea yang gagal mendapatkan Romelu Lukaku semakin parah dan mampu membuatkan perselisihan faham antara Antonio Conte dengan pihak pengurusan.