suria

Akademi United Paling Terbaik

AKADEMI Manchester United menjadi satu-satunya kelab yang menjadi penyumbang terbesar dalam program pembangunan pemain muda di Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

Ini kerana produk keluaran kelab itu beraksi dua kali ganda lebih lama sepanjang musim lalu, sekali gus mengekalkan status sebagai akademi terbaik di England.

Pemain yang menamatkan karier muda mereka dari akademi United, secara keseluruhannya bermain untuk saingan liga selama 44,055 minit, disusuli Tottenham dengan jumlah 21,668 minit.

Reputasi Red Devils sebagai kelab yang menggilap bakat muda tempatan, mengulangi pencapaian ketika era Busby Babes pada 1950-an dan 'Class of 92' yang menyaksikan United mendominasi liga tempatan bermula 1990-an.

Berdasarkan kajian Press Association yang menggunakan data daripada soccerway.com, akademi United masih merupakan 'kilang' pemain terbaik di England.

Dalam kebelasan utama United, pemain termahal dunia, Paul Pogba yang menyertai semula kelab itu pada musim lalu, bermain selama 2,609 minit manakala pemain kelahiran England, Marcus Rashford dan Jesse Lingard, masing-masing bermain selama 1,702 da 1,367 minit.

Antara produk keluaran United yang kini beraksi di kelab lain adalah Micheal Keane dan Tom Heaton dari Burnley, masing-masing bermain selama 3,150 minit.

Penyerang Bournemouth, Joshua King bermain untuk tempoh 2,721 minit manakala dua bek Leicester City, Danny Simpson (2,990 minit) dan Danny Drinkwater (2,466 minit) juga merupakan produk terbaik keluaran United.

Antara produk United yang turut menyumbang adalah Ryan Shawcross (Stoke), lima pemain Sunderland iaitu John Oshea, Donald Love, Paddy McNair, Darron Gibson and Adnan Januzaj, dua pemain West Brom iaitu Johnny Evans dan Darren Flecther.

Produk Spurs paling banyak menyumbang dan masih bermain untuk kelab London itu adalah Harry Kane yang beraksi selama 2,536 minit.

Dua pemain keluaran Spurs, Daniels dan Adam Smith, masing-masing bermain bagi tempoh lebih 3,000 minit untuk Bournemouth, dan Andros Townsend beraksi selama 2,528 minutes buat Crystal Palace.

Tempat ketiga didiami oleh Manchester City dengan jumlah keseluruhan 16,226 minit yang disumbangkan oleh produk keluaran Etihad.

Penyerang muda, Kelechi Iheanacho merupakan penyumbang terbesar kelab itu dengan tempoh 526 minit dan satu-satunya produk pemain remaja yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Pep Guardiola.

Sementara itu, Liverpool yang melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada musim depan sekadar menduduki tangga ke-17 dengan jumlah aksi pemain muda selama 8,753 minit. - Mirror.uk

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain