ROMELU Lukaku tampil menepis kritikan terhadap dirinya yang tidak cukup bagus untuk menjaringkan gol ketika menentang kelab besar. Pemain kelahiran Belgium berusia 24 tahun itu membuktikan kehadiran ke skuad Jose Mourinho bukanlah sia-sia. Malah dia turut menutup mulut pengkritik yang mengatakan dia tidak mampu untuk menjaringkan gol ketika bertemu dengan kelab-kelab besar yang lain. Bagaimana pun penyerang baharu United itu membuktikan dengan meledak gol pertama pada minit-37 ketika aksi pra musim (Piala Juara-Juara Antarabangsa) bertemu Manchester City di Stadium NRG, Houston,Jumaat. Rashford (kanan) menjaringkan gol kedua Manchester United. Ia merupakan gol kedua Lukaku bersama United selepas perpindahan lumayan 75 juta pound dari Everton. Manakala United mengukuhkan keputusan apabila Marcus Rashford menambah satu lagi gol buat United (m-39) selepas menerima hantaran daripada Henrikh Mkhitaryan sekali gus mengucar kacirkan barisan pemain-pemain Pep Guardiola. Senarai pemain: MAN UTD (4-2-3-1): De Gea (Romero 46); Valencia (Fosu-Mensah 78), Lindelof (Bailly 46), Smalling (Jones 46), Blind (Darmian 46); Herrera (Carrick 62), Pogba; Lingard (A Pereira 78), Mkhitaryan (Fellaini 62), Rashford (Martial 62); Lukaku. (Simpanan): J Pereira, Mitchell, Tuanzebe, McTominay.Scorers: Lukaku 37, Rashford MAN CITY: Ederson; Walker, Kompany (Stones 46), Adarabioyo (Otemandi), Fernandinho (Mangala 46); Toure; Roberts (Diaz 46), De Bruyne (Nasri 46), Foden (Zinchenko 74), Sterling (Sane 46); Aguero (Gabriel Jesus 46). (simpanan): Denayer, Kolarov, Fernando.