MANCHESTER United memperkenalkan jersi ketiga baharu musim 2017/18. Lebih istimewa, jersi tersebut direka oleh peminat-peminat kelab tersebut. Ia bermula apabila adidas, selaku penaja utama kelab, menyediakan platfom untuk peminat-peminat di seluruh dunia dalam melahirkan kreativiti masing-masing. Selain United, adidas Football turut memberi peluang ini kepada peminat-peminat lima lagi kelab lain seperti Bayern Munich, Real Madrid, Juventus, AC Milan dan Flamengo. Kit ketiga itu akan dipakai sepanjang musim baharu nanti bagi memastikan hubungan antara peminat dan pasukan bertambah erat.