suria

Liverpool Ikat Robertson

LIVERPOOL perkenalkan pemain pertahanan terbaharu mereka.

The Reds secara rasminya memperkenalkan pemain pertahanan baharu mereka Andy Robertson dengan nilai perpindahan 8 juta pound (RM45 juta).

Liverpool mendedahkan pemain kelahiran Scotland itu di laman rasmi kelab tersebut yang menyaksikan Robertson memegang jersi merah kebanggaan bernombor 26.

"Kini ia menjadi realiti. Saya sangat teruja. Sejak beberapa minggu lalu, pelbagai spekulasi timbul dan saya gembira ianya berakhir dengan baik.

"Kini saya adalah pemain Liverpool.


"Keluarga saya sangat gembira dengan apa yang berlaku sekarang. Kami bersedia untuk menjadi keluarga Liverpool," jelas Robertson di laman tersebut.

Bekas pemain Hull City itu dilaporkan menandatangi kontrak selama tiga tahun bersama Liverpool.

Andy Robertson, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain