suria

Michu Terpaksa Bersara

BEKAS penyerang Swansea terpaksa membuat keputusan bersara pada usia 31 tahun.

Michu yang juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol berdepan dengan masalah buku lali yang membuatkan dia hanya bermain 12 perlawanan bersama Real Oviedo musim lalu.

"Berdasarkan laporan perubatan semasa buku lali, saya perlu mengucapkan selamat tinggal sebagai pemain profesional hari ini," ujar Michu di laman Twitternya.

"Walaupun begitu, saya tahu kita akan sentiasa bersama. Terima kasih di atas saat-saat magis yang diberikan kepada saya sepanjang masa.

"Saya sangat bertuah kerana dapat memenuhi impian dan berkongsi kenangan. Impian menjadi pemain profesional."

Michu atau nama sebenarnya Miquel Perez Cuesta memulakan karier di tempat lahirnya bersama kelab Oviedo sebelum berpindah ke Celta Vido dan Rayo Vallecano.

Pada Julai 2012, pengurus Swansea Michael Laudrup membayar 2 juta pound untuk mendapatkan pemain Sepanyol itu.

Michu menjaringkan dua gol ketika aksi kemenangan 5-0 ke atas QPR serta menjaringkan kemenangan 2-0 ketika menentang Arsenal.

Dia juga pernah menjaringkan gol ketika bertemu Manchester United, Chelsea dan Tottenham sekaligus menamatkan musim 2012-13 dengan 22 gol keseluruhannya.

Michu, Swansea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Liga Malaysia Rehat Pada Ogos

Artikel Lain