suria

Ronaldo Mahu Lebih, Tiga Anak Tak Cukup!

DIA adalah seorang bapa penyayang kepada anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, Cristianinho dan kembar yang baru lahir Eva dan Mateo.

Cristiano Ronaldo telah mendedahkan bahawa dia mahukan tujuh orang anak selepas dicadangkan oleh anak pertamanya.

Bintang Real Madrid itu nampaknya berada di landasan yang betul apabila dia, awal bulan ini mengesahkan bahawa teman wanita Georgina Rodriguez hamil.

Kini Ronaldo memberitahu bahawa anak sulungnya mahu enam lagi adik-beradik, sesuai dengan trademark 'CR7' dan nombor pada jersi bola sepaknya.

Dia dilaporkan telah membuat pengakuan tersebut semasa temubual dengan TV China.

Akhbar Portugis Correio da Manha memetik Cristiano sebagai berkata: "Cristianinho sangat gembira. Dia dalam keadaan baik dan berkata dia mahukan lebih ramai adik lelaki dan perempuan.

"Dia mahu tujuh, nombor luar biasa dan saya fikir itu sesuatu yang baik. '

anak Ronaldo, CR7

Artikel Sebelum

Korban Trio BBC Demi Mbappe

Artikel Berikut

Artikel Lain