BEKAS pemain sayap Manchester City, Jesus Navas kembali ke Sevilla, umum kelab La Liga tersebut. Pemain dari Sepanyol berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun selepas dilepaskan oleh City pada akhir musim lalu. Sevilla mengumumkan khabar itu itu selepas menyiarkan video di YouTube tentang seorang lelaki yang 'diculik' oleh lelaki bertopeng, yang menyumbatnya ke dalam bonet kereta yang kemudian dipandu ke stadium, di mana Navas kemudian mendedahkan dirinya dan tersenyum. Satu kenyataan di sevillafc.es : "Sevilla FC telah mencapai persetujuan dengan Jesus Navas, yang menandatangani perjanjian pada Selasa dan akan kekal di kelab ini untuk empat musim berikutnya." Navas menyertai City dari Sevilla pada tahun 2013, membuat 183 penampilan dan membantu kelab menang satu gelaran Liga Perdana dan dua Piala Liga. Dia menyertai Sevilla ketika berusia 15 tahun. Navas telah merindui kampung halamannya di awal kariernya yang memaksa dia untuk melepaskan perlawanan pra-musim dan menolak panggilan antarabangsa. Pemain sayap itu kemudian mengambil kaunseling untuk menyelesaikan masalah itu dan mampu menjadi sebahagian daripada skuad Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010, sebelum meninggalkan Andalusia untuk bersama City tiga tahun kemudian. Navas akan diperkenalkan kepada penyokong Sevilla pada petang Rabu di Stadium Sanchez-Pizjuan.