BARCELONA dilapor sudah menemukan pengganti Neymar sekiranya pemain kelahiran Brazil itu melengkapkan perpindahan ke PSG dengan rekod dunia, 198 juta pound sterling. Bintang Chelsea, Eden Harzard dijadikan sasaran utama untuk menggantikan Neymar dan Barcelona sedia membayar 100 juta pound sterling untuk pemain kelahiran Belgium itu. Hazard merupakan antara sasaran Barcelona selepas Phillipe Countinho juga disenarai untuk dipancing ke Nou Camp. Bagaimana usaha mendapatkan Countiho bukan untuk menggantikan tempat Neymar tetapi sebagai perancangan masa jangka panjang untuk bintang veteran Barcelona, Andres Iniesta. Awal musim lalu, Hazard mendedahkan bahawa dia gembira untuk kekal di Chelsea walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. "Saya gembira di sini. Saya berada di satu daripada kelab terbaik dunia dan akan kekal untuk beberapa tahun lagi," kata Hazard. - Metro.uk