suria

Lupakan Hasrat Beli Coutinho - Klopp

Jurgen Klopp

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu Barcelona supaya tidak membazir tenaga dan melupakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Philippe Coutinho.

The Reds membantah tawaran dibentangkan apabila Barca dilaporkan menjadikan Coutinho sebagai menjadi sasaran perpindahan musim panas mereka selepas perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain.

Walaupun perkembangan terbaru perpindahan itu masih belum dimuktamadkan, Klopp enggan mengulas panjang ketika ditanya tentang masa depan pemain Brazil itu.

"Bagus bila Coutinho diletakkan nilai begitu tinggi tetapi mereka boleh simpan saja tenaga mereka," katanya kepada pemberita.

"Saya tidak boleh bercakap tentang ini hanya kerana seorang lelaki di Barcelona telah mula bercakap.

"Adakah dia mengatakan bahawa mereka akan datang ke Liverpool untuk urusan perniagaan? Mereka mahu datang? Mereka lucu, saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya.

Bercakap mengenai perpindahan Neymar ke PSG, Klopp menambah: "Ada kelab yang boleh membayar yuran seperti itu, Manchester City dan PSG. Itu semua orang tahu. Saya fikir permainan wang yang adil telah dibuat.

"Itu lebih kepada cadangan berbanding situasi sebenar, saya tidak faham, saya tidak tahu bagaimana ia berlaku. Saya harap ia bukan langkah seterusnya, saya fikir dan berharap dia akan kekal sebagai pengecualian, tetapi kita tidak tahu."

Coutinho, yang berada di bawah kontrak di Anfield sehingga 2022, dikatakan sanggup dipotong gaji untuk meneruskan perpindahan ke Barcelona.

Philippe Coutinho, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain