suria

Selepas Ke PSG, Neymar Buka Cerita Tweet Tular Pique

BINTANG baru Paris Saint Germain, Neymar mendedahkan cerita di sebalik 'tweet' terkenal Gerard Pique yang mendakwa dirinya akan terus kekal di Barcelona.

Tweet tersebut telah dibuat Pique ketika spekulasi perpindahan Neymar sedang memuncak dan ia menjadi tular.

Pique telah memuat naik gambar dirinya bersama Neymar dan menulis 'dia kekal di sini', menyebabkan ramai peminat lega kerana menganggap Neymar telah membuat keputusannya untuk terus bersama Barcelona.

Neymar, setelah menyertai PSG mendedahkan cerita di sebalik posting tersebut dan mendakwa bahawa dia langsung tidak menunjukkan kepada Pique bahawa dia akan kekal bersama kelab.

Malah, pemain Brazil itu juga mendedahkan bahawa dia ada memberitahu Pique supaya tidak menulis tweet seperti itu kerana pada masa itu dia sendiri tidak pasti tentang masa depannya.

"Kami sedang makan malam bersama dan gembira menikmatinya," jelas Neymar.

"Saya minta Pique untuk tidak membuat posting itu.

"Pada masa itu, saya masih tidak tahu apa yang akan berlaku. Ini merupakan keputusan yang sangat rumit. Saya hanya buat keputusan dua hari lalu.

"Tapi, dia mahu bergurau dan menyatakan bagaimana perasaannya. Pique adalah kawan yang sangat baik."

Walaupun Pique sedikit malu dengan tweet yang dibuatnya, dia dan kelab tidak akan terus bersedih dengan perpindahan Neymar dan akan mencari pemain menggantikan pemain sayap itu tidak lama lagi.

Dia juga telah memilih untuk tidak memadam tweet tersebut.

Gerard Pique, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain