suria

Azpilicueta Tak Puas Hati Chelsea Tewas

CESAR Azpilicueta menjadi pemain pertama Chelsea yang tampil menyuarakan rasa tidak puas hati selepas kelab berkenaan tewas dua kali.

Chelsea tewas kepada Arsenal pada saingan Perisai Komuniti sebelum ini dan pada Sabtu lalu pula mereka mudah ditewaskan Burnley 3-2.

Berikutan itu, Azpilicueta tampil mendesak ahli lembaga pengarah kelab berkenaan untuk membawa masuk pemain baharu untuk membantu mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dua minggu lalu, Conte turut menyuarakan tuntutan sama bagi seimbangkan semula skuad tersebut yang bakal bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Pada jendela pemindahan pemain musim ini, Chelsea telah membelanjakan sebanyak £130 juta untuk empat pemain, namun turut membenarkan John Terry, Nemanja Matic, Kurt Zouma, Nathan Ake dan Nathaniel Chalobah meninggalkan Stamford Bridge.

Selain itu, penyerang mereka, Diego Costa pula dibiarkan tanpa arah tuju dengan kontrak masih terikat.

Chelsea, Azpilicueta, Antonio Conte

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan