suria

Messi Pujuk Neymar Untuk Kekal

LIONEL Messi cuba memujuk Neymar agar tidak meninggalkan Barcelona dengan memberitahu: "Saya akan menjadikan kamu pemenang Ballon d’Or", menurut laporan  Spain’s Diario Sport.

Dalam cubaan terakhir Messi dan  Luis Suarez untuk menahan Neymar daripada pergi, kedua-dua pemain itu membawa penyerang tersebut ke satu sudut di Hotel Sheraton Parsippany di New Jersey (lokasi penginapan pasukan tersebut semasa perlawanan menentang Juventus pada Julai).

Menurut Sport’s Ivan San Antonio, Messi berkata kepada Neymar: "Apa yang kamu mahu? Adakah kamu mahu menjadi Ballon d'Or (pemenang)? Saya akan jadikan kamu Ballon d'Or."

Perbuatan tersebut merupakan usaha terakhir Messi untuk memujuk Neymar.

Kesimpulannya, mereka ingin memberikan lebih banyak ruang kepada pemain Brazil itu untuk menghantar sepakan percuma dan penalti.

Ia juga memberi peluang kepada Neymar untuk mengemaskan serangan Barcelona sementara Messi beransur menjadi pengatur serangan.

Namun, keputusan Neymar sudah muktamad dan dia kini menjadi seteru utama Messi bagi merebut gelaran pemain terbaik.

Lionel Messi, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain