EVERTON mencatata kemenangan 2-0 ke atas Hajduk Split pada pusingan pertama play-off Liga Europa awal pagi Jumaat. Bagaimana pun perlawanan kedua-dua pasukan terpaksa dihentikan selepas Michael Keane menyumbat gol pertama pada minit ke-30, gara-gara tindakan penyokong lawan membuat huru-hara. Pengadil Slovakia Ivan Kruzliak mengarah pemain keluar padang sebaik sahaja keadaan kelam kabut berlaku. Kerusi, papan pengiklanan turut dicampak ke arah pasukan keselamatan, malah ada penyokong yang cuba memasuki padang. Namun selepas keadaan dapat dikawal di Goodison Park, perlawanan kembali bersambung. Sebaik sahaja perlawanan bersambung, Idrissa Gueye menyemarak lagi suasana di stadium apabila menambah gol kedua pada minit ke-45. Selain bermain dengan perasaan gusar, skuad Everton berpuas hati dengan kemenangan yang dijadikan bekalan untuk ke aksi timbal balik di Croatia pada Khamis depan.