suria

Sterling Penyelamat Man City

Aksi Raheem Sterling semasa melakukan jaringan saat akhir dalam perlawanan antara Manchester City dan Everton, awal pagi Selasa. Foto AFP

RAHEEM Sterling menjadi penyelamat buat Manchester City selepas mengikat Everton dengan 1-1 menerusi jaringan saat dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.

Walaupun Manchester City mendominasi permainan semasa babak pertama di Stadium Etihad di Manchester, tetapi pasukan itu mengambil masa 34 minit untuk agresifdalam membuat cubaan gol.

Mereka kemudiannya tertinggal ke belakang seminit selepas itu apabila pemain Everton, Wayne Rooney merebut peluang menerusi jaringan pada minit ke-35.

Ia juga merupakan gol ke-200 buat Rooney dalam Liga Perdana Inggeris.

Meskipun kecewa dengan skor 0-1 memasuki separuh masa kedua, namun Manchester City berjaya melakukan jaringan pada minit ke-82.

Gol Sterling pada saat akhir mengikat seri 1-1 dengan Everton sehingga tamat permainan.

Artikel Sebelum

Rooney Buat Kejutan

Artikel Berikut

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Lain