suria

Mourinho Tunjuk Kuasa, Mansuh Peraturan Ferguson

SELAMA lebih sedekad, pemain Manchester United terikat pada satu peraturan ketat yang dikuatkuasakan oleh bekas pengurus legenda kelab itu, Sir Alex Ferguson.

Bekas pengurus kelahiran Scotland itu melarang pemainnya untuk berada di rumah sehari sebelum perlawanan bagi membolehkan diet dan pergerakan mereka dipantau.

Mereka perlu melapor diri di Hotel Lowry sehari sebelum perlawanan dan tradisi itu diteruskan oleh pengganti Ferguson, David Moyes dan pengurus berikutnya, Loius Van Gaal.

Namun di bawah rejim Jose Mourinho dilaporkan memansuhkan peraturan tersebut, sekali gus membolehkan pemain untuk meluangkan masa bersama pasangan atau keluarga masing-masing.

Mourinho mula mengabaikan peraturan itu ketika perlawanan menentang West Ham yang menyaksikan United menang mudah 4-0.

Pengurus kelahiran Portugal itu dijangka melakukan perkara sama ke atas pemainnya ketika United melayan kunjungan Leicester City di Old Trafford pada Sabtu ini.

Bagaimanapun tidak semua pemain gembira dengan langkah Mourinho memansuhkan peraturan tersebut kerana pemain senior merasakan bakat-bakat muda akan leka dan mengambil kesempatan atas kelonggaran itu.

United dan Mourinho akan memantau situasi berkenaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang sama ada perubahan terbabit memberi kesan yang besar terhadap prestasi pasukan. - Metro.uk

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain