TOTTENHAM Hotspur mengikat pemain berusia 20 tahun dengan kontrak tiga tahun. Perjanjian bersama pemain Bawah 20 England, Kyle Walker-Peters itu berlangsung pagi Rabu. Walker memuat naik status di laman Twitternya :"Menandatangani kontrak bersama Spurs, tidak sabar untuk melihat masa depan yang menunggu." Sebelum ini Walker-Peters tampil buat kali pertama dalam Liga Perdana untuk Spurs ketika menentang Newcastle minggu lalu. Walker-Peters bersama Pochettino Dia menggantikan pemain Kieran Trippier yang mengalami kecederaan. Spurs memberi kontrak ketiga terbaharu dalam tempoh 18 bulan selepas Februari tahun lalu sekaligus menyaksikan dia akan bersama kelab yang dibimbing Mauricio Pochettino sehingga tahun 2019. Walker-Peters menyertai Tottenham pada usia 16 tahun dan menjadi pemain rasmi pada 1 Julai 2013.