suria

Mendy Disaman 60 Pound Sterling

BELUMPUN sempat menunjukkan kehebatannya di atas padang kepada penyokong Manchester City, Benjamin Mendy dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan secara haram.

Bekas pemain pertahanan Monaco itu yang dibeli City bernilai 52 juta pound sterling meletak kereta Ferrarinya di luar Hotel The Radisson Blue Edwardian.

Namun, Mendy hanya didenda sebanyak 60 pound sterling.


Pemain berusia 23 tahun itu pergi ke hotel tersebut, lokasi dia menginap selepas berhijrah dari Monaco.

Sebaik sahaja pulang membeli makanan di sebuah restoran segera, Mendy dikejutkan dengan tindakan pegawai trafik yang menyerahkan surat saman kepadanya.

Mendy yang masih bergelut dengan kecederaan paha akan diturunkan menetang aksi menentang Bournemouth, Sabtu ini.

Benjamin Mendy, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain