suria

Rashford, Fellaini Bantu United Menang Bergaya

-fotoREUTERS

MANCHESTER United kukuh di puncak liga selepas menang 2-0 ke atas Leicester City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Old Trafford, awal pagi Ahad.

Dalam perlawanan minggu ketiga musim ini, United menang menerusi gol dua pemain ganti, Marcus Rashford yang menjaringkan gol pada minit ke-70 dan Marouane Fellaini, 12 minit kemudian.

Sebelum itu, United berpeluang unggul terlebih dulu apabila dihadiahkan tendangan penalti selepas Danny Simpon menahan bola dengan tangannya dalam kotak penalti.

Bagaimanapun tendangan yang diambil oleh Romelu Lukaku pada minit ke-53 itu berjaya ditepis penjaga gawang Leicester,  Kasper Schmeichel.

Dengan kemenangan ini, United memimpin carta Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul sembilan mata dari tiga perlawanan.

Skuad asuhan Jose Mourinho ini mempunyai kelebihan dua mata di atas Huddersfield Town dan Manchester City yang masing-masing mengumpul tujuh mata.

Rashford, Fellaini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain