suria

Liverpool Sedia Labur Wang Besar

LIVERPOOL mengumunkan bidaan tertinggi kelab bernilai 74 juta pound untuk mendapatkan pemain baharu terkemuka.

Mengikut laporan akhbar Perancis, L'Equipe Liverpool cuba melamar pemain tengah Monaco, Thomas Lemar.


Pemain berusia 21 tahun itu, kini sedang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dan masih mempunyai kontrak dengan Ligue 1 itu sehingga tahun 2020 namun bersedia untuk berpindah ke Liga Perdana.

Lemar juga sebelum ini dilaporkan turut menjadi tarikan kelab Arsenal namun Arsene Wenger memberitahu impiannya itu sudah 'mati' kerana Monaco 'menutup pintu' untuk pemain itu.

Arsenal membuat tawaran ketiga dengan 50 juta pound tetapi Liverpool berharap untuk membuka pintu Monaco dan dengan tawaran yang lebih tinggi.

Tawaran tersebut dilaporkan bernilai 66.5 juta pound, ditambah dengan 7.4 juta bonus prestasi pemain itu di Anfield.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, perpindahan itu bakal memecah rekod kelab musim ini dengan kehadiran Mohamed Salah yang bernilai 39 juta pound.

Liverpool, Monaco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain