PENGURUS Arsenal Arsene Wenger akhirnya mengesahkan bahawa kelab itu menawarkan bidaan sebanyak 100 juta euro terhadap bintang Monaco, Thomas Lemar. Laporan pada hari terakhir jendela perpindahan pemain mendedahkan Arsenal mengemukakan tawaran 'besar' terhadap Lemar yang disifatkan sebagai pengganti Alexis Sanchez. Namun perpindahan itu gagal dimuktamadkan berpunca daripada tempoh rundingan yang tidak cukup atau Monaco menolak tawaran tersebut. Namun bercakap kepada Telefoot, Wenger mengesahkan bahawa bidaan telah dibuat tetapi Lemar mahu kekal bersama Monaco. "Ya, kami membuat bidaan sebanyak 100 juta euro terhadap Lemar tetapi pemain itu mahu kekal di Monaco," katanya. Namun, Wenger berkata dia tidak akan berputus-asa terhadap pemain berusia 21 tahun itu. "Ya kami akan terus memburu khidmatnya," kata Wenger.