suria

Pengurus Dedah Dua Idola Harry Kane

Gareth Southgate. -fotoAFP

PEMAIN England dan Tottenham Hotspur, Harry Kane menjadikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai motivasi dalam usahanya menjadi salah seorang pemain terbaik dunia, menurut Gareth Southgate.

Kane telah menjaringkan 10 gol antarabangsa sejak penampilan pertamanya pada 2015.

Dua gol terbarunya dijaringkan ketika England menang 4-0 ke atas Malta dalam kelayakan Piala Dunia Jumaat lalu.

Penyerang berusia 24 tahun itu secara keseluruhannya telah menjaringkan 125 gol untuk kelab dan negara sepanjang kerjayanya.

Pengurus England Southgate berkata Kane bertekad untuk mencontohohi pemain bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo dan pemain Barcelona Lionel Messi.

"Saya pernah bercakap dengan ketua jurulatih Sepanyol Julen Lopetegui dalam satu permainan di mana dia mengulas tentang betapa bertuahnya saya mempunyai pemain seperti Harry," kata Southgate.

"Dia berada dalam keadaan terbaik, tetapi mentalitinya juga di tahap terbaik.

"Dia tahu berapa banyak gol yang dia ada dan berapa banyak gol Ronaldo dan Messi pada masa ini. Dia mahu menjadi salah seorang yang terbaik di dunia.

"Saya meletakkan segala kepercayaan terhadap Harry, saya telah bekerja dengannya cukup lama, dari Bawah 21 dan dia akan menunjukkan kehebatannya jika ada peluang itu," katanya.

Harry Kane, Gareth Southgate

Artikel Sebelum

Sanchez Bermadah Di Laman Sosial

Artikel Berikut

Artikel Lain