ARSENE Wenger (gambar) mengaku bahawa dia ada memikirkan untuk meninggalkan Arsenal pada musim panas ini iaitu sebelum menandatangani tambahan kontrak selama dua tahun kerana 'alasan peribadi'. Wenger mendapati dirinya semakin tertekan musim lalu selepas Arsenal gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara dan spekulasi tentang pengurus dari Perancis itu akan letak jawatan tersebar luas. Selepas beberapa bulan perdebatan mengenainya masa depan Wenger hangat diperkatakan, lelaki yang berusia 67 tahun itu akhirnya melanjutkan kontrak dua tahun lagi pada Mei, namun dia mendedahkan ia bukan satu keputusan mudah. - Daily Mail