ARSENE Wenger mungkin menggantikan Sir Alex Ferguson di Manchester United sebelum ini. Menurut bekas pengerusi United, Martin Edwards mendedahkan pengurus Arsenal itu berminat untuk ke Old Trafford pada musim 2002-03. Ketika itu, Ferguson membuat keputusan utnuk bersara pada musim 2001-02 dan Edwards memberitahu dalam tulisan autobiografinya bahawa Wenger adalah calon pertama untuk mengambil alih tugas itu. Bagaimana pun, Ferguson mengubah fikirannya untuk menyambung kontraknya. Edwards juga memberitahu, dia bertemu Wenger untuk berbincang mengenai minat bos Arsenal itu. "Pilihan pertama kami adalah Arsene," ujarnya dalam buku Red Glory; Manchester United and Me. "Kami yakin dia adalah calon terbaik menggantikan Alex. Dan dia adalah calon pertama. "Jadi kami membuat berbincangan dan Wenger menunjuk minatnya, seterusnya saya bertemu dengan Peter Kenyon (ketua eksekutif) di rumahnya di London." Selain itu, menurut laporan DailyMail Wenger tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai perbincangan tersebut ketika aksi kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Bournemouth Sabtu lalu. Namun Wenger yang hampir dua dekat bersama skuad The Gunners tidak menunjukkan minat untuk berpindah ke United. "Saya sentiasa berahsia. Mungkin satu hari nanti, saya akan menghubungi semua senarai ketika berada di Arsenal dan bertanyakan sesuatu yang baharu. Anda sepatutnya menanyakan hal ini kepada Martin Edwards. "Tidak (saya tidak pernah terpikat dengan Manchester United) kerana saya gembira di sini. "Lebih ramai orang selesa saya di sini, saya sentiasa gembira."