suria

Nilai Penceraian Wayne dan Coleen Rooney

SUSULAN berita mengenai Wayne Rooney ditahan kerana memandu secara mabuk menggunakan kereta seorang wanita yang tidak dikenali baru-baru ini, isterinya Coleen dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk bercerai dan menghadapi krisis dalam rumahtangga mereka.

Rakan rapat pasangan itu mendedahkan Coleen amat bimbang dengan kelakuan Wayne dan telahpun memberikan amaran terakhir kepada pemain bola tersebut.

Coleen turut dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya yang bernilai 250,000 pound Sterling (RM1.38 juta) dan cincin pertunangan bernilai 200,000 pound Sterling (RM1.11 juta).

Rakan pasangan yang bercinta sejak zaman kanak-kanak itu khuatir sekiranya perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun itu telah berakhir, namun ada laporan mengatakan bahawa Coleen masih memberi peluang terakhir kepada Wayne.

Pasangan itu bertemu ketika Coleen baru berusia 12 tahun dan mendirikan rumah tangga pada Jun 2008.

Biarpun ramai yang terkejut apabila Coleen masih memberikan peluang kepada Wayne, pegangan agama yang kuat menjadikan ibu kepada tiga cahaya mata itu masih bertahan.

Coleen berharap mahligai mereka yang bernilai 20 juta pound Sterling (RM111 juta) itu akan menjadi rumah keluarga buat selama-lamanya.

Mahligai enam bilik yang juga mempunyai sebuah bilik snuker, panggung wayang kompleks renang, taman bunga dan blok stabel untuk 14 ekor kuda itu menjadi topik hangat yang dibincangkan sekiranya penceraian berlaku.

"Jika mereka berpisah, Coleen boleh mengambil anak-anak dan duit Wayne, tapi dia akan hilang kemasyhuran."

Di tengah-tengah krisis yang berlaku, pasangan itu kini sedang menanti kelahiran cahaya mata yang keempat. - The Sun

Rooney

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain