TIKET Piala Dunia 2018 di Rusia dijual dengan tiket perlawanan peringkat kumpulan paling murah pada harga £80 (RM450) untuk penyokong luar negara. Malahan, harga tiket turut ditawarkan bagi tempat duduk khas untuk penonton obesiti. Tiket paling mahal dijual adalah £829 (RM4,662) untuk tempat duduk Kategori Satu pada perlawanan akhir Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Luzhniki di Moscow. Harga tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak £151 (RM1,018) berbanding tiket yang sama dijual pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro. Tiket khas dibuat untuk penonton obesiti, yang dilaksanakan buat kali kedua dalam sejarah Piala Dunia. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Fifa semasa perlawanan akhir di Brazil pada 2014. - Mail Online