PENYOKONG Atletico Madrid 'memangkah' Hugo Sanchez. Atletico Madrid membuat plag kepada pemain yang membuat penampilan lebih daripada seratus kali bersama kelab sebagai penghargaan. Sempena memperkenalkan stadium baharu Wanda Metropolitan, Atletico mempamerkan plag setiap pemain yang pernah beraksi lebih daripada 100 kali. Bagaimana pun kisah lama seorang bekas pemainnya, Sanchez seperti tidak dapat dilupakan penyokong setia Los Colchoneros ini. Kontroversi Sanchez berpindah ke Real pada tahun 1980-an menjadikan dia tidak disukai oleh penyokong Atletico. Ia dapat dilihat apabila sebahagian penyokong membuang sampah ke atas plag Sanchez. Selain itu, turut kelihatan plag pemain Manchester City, Sergion Aguero yang pernah menyarung jersi Atletico.